Tips Bangun Tahajjud (Success Story)


Assalamualaikum.

Semalam, Sifu Asyraf Azmin Bella Ammara Partner share banyak info dengan kami ARMY Appecut. Apa yang saya boleh hadam adalah begini.

Kenapa orang boleh berjaya kita tak boleh berjaya? Sebab kita hidup ikut waktu barat. Barat tidur pukul 10-11, pukul 5-6 baru bangun. Masa jadi pendek. Umat Islam diajar tidur lepas isyak, sepertiga malam bangun jangan tidur lepas itu. Masa kita panjang. Jika ikut barat, kita lajak tidur dari pukul 12 ada yang tidur pukul 2-3 pagi. Bangun pun dah lewat. Orang berjaya boleh buat banyak perkara sehari, kita itu ini tak sempat, tak ada masa. Betul ke tak ada masa? Semua orang ada 24 jam yang sama…

Sifu Asyraf juga share jadualnya.

9pm-12am : Tidur yang sangat best, deep sleep. Tidur yang mimpi adalah tidur yang tak lena. Kena dapat tidur yang deep baru tubuh fully recharge 3 jam je.

12am-1am : Solat taubat, solat hajat, zikir dan mengaji

1am-6am : Start fokus kerja. Mase ni minda sangat fresh. Kerja banyak siap. Ilmu baru datang mencurah-curah. Pintu rezeki terbuka luas

6am-7am – Subuh berjemaah

7am-8am – Siap anak dan diri

8am-9am – Live

9am-6pm – Kerja macam biasa

6-9pm – Makan, solat dan mengajar anak.

Dan buat ni pusing hari by hari, lagi dan lagi sampai tiada lagi!

PERSIAPAN DIRI SEBELUM TIDUR PUKUL 9.
🔥Jika mengantuk sebelum pukul 9, paksa diri jangan tidur dulu. Buat aktiviti yang boleh hilangkan mengantuk.

🔥Minum air banyak

🔥 Set mind yang hari ini wajib tidur pukul 9 tak kira apa pun. Nanti tepat pukul 9, tubuh akan lembik dengan sendiri. Time for sleep. Deep sleep.

🔥 Jika terjaga awal, sebelum pukul 3, tu tandanya tubuh dah fully recharge untuk perjalanan esok hari. So terus bangun mandi dan solat. Jangan sambung tidur. Nanti susah nak bangun pukul 3.

First day jika tak jadi, jangan down, kite ada group 🔥🔥🔥

Sebelum tidur tu, make sure kunci jam pukul 3 dan talk to Allah.
“Ya Allah kejut aku pukul 3 pagi ye, aku nak taubat, solat hajat, aku nak berubah”

Soalan : kalau tak mengantuk pukul 9 tu, nak tidur macam mana?

Jawapan : Permulaan nak tukar timing hidup memang macam tu, so kena push diri untuk tutup everything pukul 9. Tutup phone, tv, everything. Nanti akan tertidur juga. So esok stay tanpa tidur sampai pukul 9 malam. Esok tu, pukul 9 confirm rasa mengantuk yang amat. Tidur time tu memang best sangat. Deep sleep.

InshaAllah kita akan bangun 1 minit sebelum alarm bunyi, tak percaya? Try buat.

Siapa-siapa ada imsomnia, student, pekerja, pelajar boleh buat. Sifu Asyraf juga share dulu diganggu bisikan, “coding banyak ni tak settle jangan tidur awal please, banyak lagi kerja nak settle ni, jika tidur awal, tak settle nanti”

Abaikan je. Hakikatnya, kerja bila-bila pun takkan siap jika masa kita pendek. Bila buat macam, inshaAllah banyak perkara boleh settle.

Rezeki datang tak disangka-sangka kerana orang yang berpagian ini mendapat rahmat lebih. Dah bangun tu kita buat macam-macam perkara berfaedah, contoh baca buku, buat marketing, susun jadual seharian buat to do list nak buat apa dan pastikan settle. Time ni tak ada siapa nak ganggu. Anak semua tengah tidur.

Kenapa kita rasa tak cukup masa jika kita bangun pukul 6 atau 7?

1. Kalut nak siap diri sndiri dan family
2. Tengok phone, penuh wasap
3. Nak close sale lagi, nak kerja lagi. Tak cukup tangan. Jika suri rumah, anak lagi.
4. Asyik mengadap je phone close sale tapi tak sempat masa nak belajar new skill
5. Kerja office berlambak, customer banyak nak kena follow up la, close sale la
6. Tidur balik pukul 12 dengan tak cukup masa nak belajar new skill

So sayanglah tak boleh nak growing.

Jika tidur awal, bangun pun awal.
Boleh rapat dengan Allah.
Taubat, talk to Allah.
Hajat.
Witir.
Zikir.
Mengaji.

Start belajar new skill. Masa ni best gileee. Fresh dan yang paling penting, tak ada gangguan.

Nak buat kerja office dulu pun boleh. Sejam dah banyak boleh setel.

So boleh belajar new skill. Pergi office pun best sebab rasa tenang dan masa panjang 🔥🔥🔥

SEMOGA MEMBAKAR SEMANGAT!

—kakmicel